Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
8 years ago
Mengenai Hal Ehwal Pertanian

Pokok-pokok Sutera (Mulberry) yang diprun pada 10 Ogos 2008 sudah bertunas dan berbuah lebat. Amat sesuai diprun sebanyak 3 kali dalam setahun. Daun yang berumur tidak melebihi 3 minggu elok dibuat jeruk untuk makanan segar atau dengan nasi. Ramai yang kata "rasa macam jeruk daun maman". Buahnya dibuat jus minuman ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.
Antara pokok yang baik ditanam dalam kebun ialah pokok sutera atau mulberry. Kalau dijadikan kebun sutera sepenuhnya lebih baik.
