Saturday, August 30, 2008

Agricultural Secrets (02)


Kesihatan anak-anak pokok:

1. Sebiji telur dicampur dengan 1 liter air.
2. Siram atau sembur pada anak pokok.
3. Kulit telur dihancurkan.
4. Campurkan ke dalam tanah sekitar akar pokok.

Telur dan kulitnya mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh pokok, terutama anak pokok.

CatatanPeribadi.

Thursday, August 28, 2008

Agricultural Secrets (01)


Vitamin C for plants
:

1. Vitamin C is the most abundant antioxidant in plants.
2. Vitamin C helps plants deal with stresses from drought to ozone and UV radiation.
3. Plants unable to grow beyond the seedling stage without vitamin C.
4. Vitamin C provides protection against the harmful side-effects of light during photosynthesis.

Further info: 0123635658.

Friday, August 22, 2008

Pokok Mulberry Bertunas Dan Berbuah

Pokok-pokok Sutera (Mulberry) yang diprun pada 10 Ogos 2008 sudah bertunas dan berbuah lebat. Amat sesuai diprun sebanyak 3 kali dalam setahun. Daun yang berumur tidak melebihi 3 minggu elok dibuat jeruk untuk makanan segar atau dengan nasi. Ramai yang kata "rasa macam jeruk daun maman". Buahnya dibuat jus minuman ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.

AlbumPeribadi

Sunday, August 17, 2008

Kebun Pokok Sutera

Antara pokok yang baik ditanam dalam kebun ialah pokok sutera atau mulberry. Kalau dijadikan kebun sutera sepenuhnya lebih baik.

Antara kebaikannya ialah:

1. Perbelanjaan untuk memulakan tanaman agak murah. Harga bagi sebatang benih hanya RM1.50 sahaja. Jika benih yang telah hidup dan stabil harganya kira-kira RM10.00 sepokok.

2. Setelah empat bulan ditanam, ia boleh diproses untuk mendapatkan hasil. Caranya ialah:

(a) Prun pokok, terus dapat keratan benih.
(b) Apabila bertunas, pucuk dan daun muda tidak melebihi 3 minggu, boleh dijadikan teh minuman untuk mencegah atau mengawal kencing manis, darah tinggi dan gout.
(c) Daun yang tidak melebihi 4 minggu boleh dijadikan rempeyek atau membalut ikan atau daging bakar.
(d) Buahnya boleh dijadikan jus, jem, halwa atau makanan segar.
(e) Daun-daun boleh dijadikan makanan berkhasiat untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing, rusa dan ayam telur. Selain itu, ia adalah makanan asasi ulat sutera.

Gambar atas: Pokok Sutera yang belum diprun. Gambar bawah: Pokok Sutera yang telah diprun.


AlbumPeribadi