Friday, September 12, 2008

Agricultural Secrets (03)

Ethylene

1. Ethylene converts flower sex from maleness to femaleness.
2. Ethylene treatment on single young leaf induces flowering.
3. Ethylene stimulates and induces early flowering.

CatatanPeribadi

Saturday, August 30, 2008

Agricultural Secrets (02)


Kesihatan anak-anak pokok:

1. Sebiji telur dicampur dengan 1 liter air.
2. Siram atau sembur pada anak pokok.
3. Kulit telur dihancurkan.
4. Campurkan ke dalam tanah sekitar akar pokok.

Telur dan kulitnya mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan oleh pokok, terutama anak pokok.

CatatanPeribadi.

Thursday, August 28, 2008

Agricultural Secrets (01)


Vitamin C for plants
:

1. Vitamin C is the most abundant antioxidant in plants.
2. Vitamin C helps plants deal with stresses from drought to ozone and UV radiation.
3. Plants unable to grow beyond the seedling stage without vitamin C.
4. Vitamin C provides protection against the harmful side-effects of light during photosynthesis.

Further info: 0123635658.

Friday, August 22, 2008

Pokok Mulberry Bertunas Dan Berbuah

Pokok-pokok Sutera (Mulberry) yang diprun pada 10 Ogos 2008 sudah bertunas dan berbuah lebat. Amat sesuai diprun sebanyak 3 kali dalam setahun. Daun yang berumur tidak melebihi 3 minggu elok dibuat jeruk untuk makanan segar atau dengan nasi. Ramai yang kata "rasa macam jeruk daun maman". Buahnya dibuat jus minuman ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.

AlbumPeribadi

Sunday, August 17, 2008

Kebun Pokok Sutera

Antara pokok yang baik ditanam dalam kebun ialah pokok sutera atau mulberry. Kalau dijadikan kebun sutera sepenuhnya lebih baik.

Antara kebaikannya ialah:

1. Perbelanjaan untuk memulakan tanaman agak murah. Harga bagi sebatang benih hanya RM1.50 sahaja. Jika benih yang telah hidup dan stabil harganya kira-kira RM10.00 sepokok.

2. Setelah empat bulan ditanam, ia boleh diproses untuk mendapatkan hasil. Caranya ialah:

(a) Prun pokok, terus dapat keratan benih.
(b) Apabila bertunas, pucuk dan daun muda tidak melebihi 3 minggu, boleh dijadikan teh minuman untuk mencegah atau mengawal kencing manis, darah tinggi dan gout.
(c) Daun yang tidak melebihi 4 minggu boleh dijadikan rempeyek atau membalut ikan atau daging bakar.
(d) Buahnya boleh dijadikan jus, jem, halwa atau makanan segar.
(e) Daun-daun boleh dijadikan makanan berkhasiat untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing, rusa dan ayam telur. Selain itu, ia adalah makanan asasi ulat sutera.

Gambar atas: Pokok Sutera yang belum diprun. Gambar bawah: Pokok Sutera yang telah diprun.


AlbumPeribadi

Friday, July 25, 2008

Doa Memulakan Kerja Kebun

Setiap kali memulakan kerja kebun elok dibaca doa berikut:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه
ٲنا صببنا الماء صبا
ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا
وعنبا وقضبا
وزيتونا ونخلا
وحداﺋﻖ غلبا
وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ من سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Maklumat lanjut, hubungi penulis 012-3635658

Friday, May 9, 2008

Taman Bermanfaat (Siri 2)

ALLAH memberi panduan umum mengenai taman dan kebun yang bermanfaat melalui ayat 15 - 16, surah Saba^, yang terjemahannya sebagai berikut:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan taman (kebun) (yang subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kediaman/kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan taman (kebun) mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan taman (kebun) yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara."

Sepatutnya setiap rumah atau kawasan perumahan disediakan dua jenis taman atau kebun, untuk tanaman-tanaman berikut:

1. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan dapur dan harian. Contoh: Pokok-kokok cili, tomato, pandan, serai, kunyit, daun kesum, daun kari, timun, petola, dll.
2. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan asasi dan sumber pendapatan. Contoh: Pokok-pokok padi, gandum, sawit, pisang, mangga, tembikai, dll.

Soalan: Bagaimana dengan pokok-pokok durian, bunga-bungaan dan perhiasan lain?

Dr. Abdul Wahab Arbain