Sunday, August 17, 2008

Kebun Pokok Sutera

Antara pokok yang baik ditanam dalam kebun ialah pokok sutera atau mulberry. Kalau dijadikan kebun sutera sepenuhnya lebih baik.

Antara kebaikannya ialah:

1. Perbelanjaan untuk memulakan tanaman agak murah. Harga bagi sebatang benih hanya RM1.50 sahaja. Jika benih yang telah hidup dan stabil harganya kira-kira RM10.00 sepokok.

2. Setelah empat bulan ditanam, ia boleh diproses untuk mendapatkan hasil. Caranya ialah:

(a) Prun pokok, terus dapat keratan benih.
(b) Apabila bertunas, pucuk dan daun muda tidak melebihi 3 minggu, boleh dijadikan teh minuman untuk mencegah atau mengawal kencing manis, darah tinggi dan gout.
(c) Daun yang tidak melebihi 4 minggu boleh dijadikan rempeyek atau membalut ikan atau daging bakar.
(d) Buahnya boleh dijadikan jus, jem, halwa atau makanan segar.
(e) Daun-daun boleh dijadikan makanan berkhasiat untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing, rusa dan ayam telur. Selain itu, ia adalah makanan asasi ulat sutera.

Gambar atas: Pokok Sutera yang belum diprun. Gambar bawah: Pokok Sutera yang telah diprun.


AlbumPeribadi

4 comments:

Bonekahati said...

kenapa pokok yg sudah diprun takde daun? memang sengaja buang ke daun dia tu. apa tujuannya?

Pengasas said...

kittun,
semua daun mesti dibuang. usah tinggal walau sehelai pun.
pokok memerlukan daun. jadi dia terpaksa keluarkan tunas dan daun baru. tunas dan daun terbaru lebih baik dan lebih sihat.
anihnya, bila bertunas, tunas tu keluarkan bunga. subhanalLAH!!!

Bonekahati said...

hebatnya...!

naza said...

kat mana boleh dapat benih mulberry nih??