Friday, May 9, 2008

Taman Bermanfaat (Siri 2)

ALLAH memberi panduan umum mengenai taman dan kebun yang bermanfaat melalui ayat 15 - 16, surah Saba^, yang terjemahannya sebagai berikut:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan taman (kebun) (yang subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kediaman/kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan taman (kebun) mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan taman (kebun) yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara."

Sepatutnya setiap rumah atau kawasan perumahan disediakan dua jenis taman atau kebun, untuk tanaman-tanaman berikut:

1. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan dapur dan harian. Contoh: Pokok-kokok cili, tomato, pandan, serai, kunyit, daun kesum, daun kari, timun, petola, dll.
2. Taman atau kebun untuk tanaman pokok-pokok keperluan asasi dan sumber pendapatan. Contoh: Pokok-pokok padi, gandum, sawit, pisang, mangga, tembikai, dll.

Soalan: Bagaimana dengan pokok-pokok durian, bunga-bungaan dan perhiasan lain?

Dr. Abdul Wahab Arbain

Thursday, April 10, 2008

Taman Bermanfaat (Siri 1)

ALLAH menceritakan suatu taman yang bermanfaat, dalam surah Yaasiin (36), ayat 34 & 35, yang diterjemahkan kira-kira:

"Dan kami telah jadikan pada bumi beberapa taman yang antaranya daripada pokok kurma dan pohon anggur; serta kami pancarkan dalamnya beberapa mata-air. Supaya mereka dapat memakan dari buahnya dan dari hasil usaha tangan mereka. Apakah mereka tidak bersyukur."

Kepadatan taman ialah:
1. Pokok kurma (termasuk pokok-pokok berbuah)
2. Pohon anggur (termasuk pohon-pohon menjalar yang berbuah)
3. Pancaran mata-air (termasuk pengaliran air atau water features)

Manfaat taman ialah:
1. Sumber makanan dari product dan by-products
2. Mencapai kepuasan lalu bersyukur.

Dr. Abdul Wahab Arbain

Tuesday, April 8, 2008

Selamat Berkunjung

As-Salamu 'Alaikum!

Fakulti Perkebunan ini satu dari berbagai fakulti dalam Universiti Maya Rakyat (UMAR). Pada peringkat ini, insya ALLAH, saya sendiri yang mengendalikannya.

Wassalam

Dr. Abdul Wahab Arbain
Rektor